MODEL Gigi Hadid ditahan polis selepas didakwa memiliki dadah jenis ganja ketika bercuti ke Pulau Cayman pada 10 Julai lalu. Independent melaporkan Gigi bercuti bersama rakan-rakannya dengan menaiki pesawat persendirian ke pulau berkenaan. Bagaimanapun semasa melalui pemeriksaan pihak Imigresen di lapangan terbang, pegawai polis mengeledah bagasi miliknya dan menemui ganja di dalam beg. Gigi ditahan kerana miliki ganja. Susulan itu, model itu ditahan bersama rakannya dan dibawa ke pusat tahanan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Gigi juga dilaporkan sudah hadir ke mahkamah pada 12 Julai lalu dan mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah dan dikenakan denda sebanyak AS$1,000 (RM4,500). ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid kembali bertaut ARTIKEL BERKAITAN: Keluar ‘dating’ siap berpegangan tangan... Gigi Hadid restu hubungan cinta Selena Gomez dan Zayn Malik Menurut dokumen mahkamah, ganja berkenaan dibeli secara sah di New York namun penggunaan bahan itu dilarang bagi tujuan perubatan. "Gigi membeli ganja secara sah di New York Citu dengan lesen perbuatan. Ia juga sah untuk kegunaan perubatan di Grand Cayman sejak 2017," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!