PERPISAHAN penyanyi Ariana Grande dan suaminya iaitu Dalton Gomez selepas dua tahun mendirikan rumah tangga menjadi bualan ramai. Daily Mail melaporkan perkahwinan pasangan berkenaan bertukar tegang selepas pandemik Covid-19 berakhir dan mereka mula membawa haluan masing-masing. Dalton didakwa tidak dapat memahami jadual padat Ariana sebagai salah seorang selebriti terkenal dunia sehingga membuatkan mereka jarang bertemu. Ariana dikatakan sudah mula mencari pasangan baharu. Lebih mengejutkan, Dalton dikatakan sudah mula mencari teman baharu dan tidak cuba menyelamatkan rumah tangganya yang sedang bergolak. "Dalton sudah menemui wanita lain sejak beberapa bulan lalu tapi Ariana seperti tidak kisah dengan perkara itu," kata sumber terdekat pasangan berkenaan. Ariana dan Dalton dilaporkan berpisah sejak Januari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande tak pakai cincin kahwin, rupanya sudah berpisah dengan Dalton Gomez sejak Januari ARTIKEL BERKAITAN: Ubat anti kemurungan punca berat badan Ariana Grande susut, minta peminat jangan tambah derita dihadapinya Bagaimanapun mereka cuba memperbaiki perkahwinan mereka pada Mei lalu namun ia hanya bertahan selama dua minggu sebelum mereka kembali memutuskan untuk berpisah. Untuk rekod, Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 dan berkahwin pada tahun sama. Dalton ketika itu melamar Arian dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!