suria

Ariana Grande tak pakai cincin kahwin, rupanya sudah berpisah dengan Dalton Gomez sejak Januari

Ariana dan suami bercerai sejak Januari lalu.

KELIBAT penyanyi Ariana Grande membuat kemunculan di Wimbledon, London pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila dia dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

TMZ melaporkan tindakan Ariana itu sekali gus menguatkan spekulasi rumah tangganya dengan Dalton Gomez sedang retak menanti belah.

Malah laporan turut menyebut Ariana dan Dalton sudah berpisah sejak Januari lalu.

Ariana

Ariana dilihat tidak mengenakan cincin kahwin lagi.

Kemunculan Ariana di Wimbledon turut disertai oleh pelakon gandingannya dalam filem Wicked iaitu Jonathan Bailey dan Andrew Garfield.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Thank You, Next itu dikatakan kali terakhir mengenakan cincin perkahwinan di khalayak ramai pada April lalu ketika menghadiri konsert Jeff Goldblum di London.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubat anti kemurungan punca berat badan Ariana Grande susut, minta peminat jangan tambah derita dihadapinya

ARTIKEL BERKAITAN: Naomi Campbell, Ariana Grande antara selebriti hadir rai kejayaan Michelle Yeoh di London

Kenalan rapat pasangan berkenaan mendedahkan Ariana dan Dalton yang merupakan seorang ejen hartanah bagaimanapun masih mengekalkan hubungan baik meskipun bergelut dengan masalah rumah tangga.

"Keputusan berpisah dibuat secara bersama. Mereka menghadapi masalah sejak awal Januari tapi masih lagi berkawan baik," kata sumber terdekat pasangan itu.

Ariana dan suami bercerai sejak Januari lalu.

Rumah tangga Ariana sudah bergolak sejak tahun lalu.

Sementara itu, Dalton juga didakwa ada melawat Ariana di set penggambaran filem Wicked di London sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka namun tidak berjaya.

Untuk rekod, Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 dan berkahwin pada tahun sama.

Dalton ketika itu melamar Arian dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain