suria

Pelakon popular takut keluar rumah, diugut bayar RM6,000 atau video lucah tersebar

Ugutan yang diterima memberi tekanan buat Hasninda.

PELAKON Hasninda Ramadhani mengalami masalah tekanan sehingga terpaksa mendapat rawatan psikiatri susulan ugutan penyebaran video lucah didakwa dirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam kepada Hasninda, 30, yang turut memberitahu anak guamnya itu takut untuk menggunakan media sosial dan enggan keluar rumah.

“Hasninda terkejut dengan ugutan individu berkenaan dan kini berada dalam keadaan tertekan. Dia sudah dibawa berjumpa psikiatri untuk mendapatkan nasihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang payudara kendur, Lyla Ho enggan susukan anak baru lahir

“Dia juga takut untuk melakukan aktiviti di luar rumah serta aktif di media sosial kerana individu tersebut sering memerhati,” jelas peguam kepada Hasninda seperti yang dipetik dari Detik.

Berhubung ugutan yang diterima, pihak Hasninda telah membuat laporan polis dan berharap individu berkenaan segera ditahan.

Hasninda sebelum ini menerima ugutan melalui pesanan di Instagram dan emel dari seorang individu yang mendakwa memiliki video porno aktres berkenaan.

hasninda 1

Hasninda berharap individu yang mengugutnya akan segera ditahan polis.

Malah individu itu juga turut meminta wang berjumlah Rp 20 juta (RM6,000) sebagai bayaran agar tidak menyebarkan video tersebut.

“Video itu disunting untuk merosakkan kerjaya anak guam saya. Individu itu juga meminta wang jika mahu video itu selamat. Kami yakin Hasninda tidak terlibat dalam hal ini,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain