suria

Peminat kecewa Victoria Beckham tidak terlibat reunion Spice Girls, bagi alasan fokus fesyen

Spice Girls bakal buat persembahan reunion pada tahun depan.

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham mengumumkan tidak akan menyertai kumpulan itu membuat persembahan di festival Glastonbury tahun depan.

Menurut The Mirror, keputusan Victoria untuk tidak beraksi bersama kumpulannya itu benar-benar mengecewakan peminat.

Difahamkan, Victoria enggan terbabit dalam acara berkenaan kerana ingin memberikan fokus kepada label fesyen miliknya.

SG1 - 1

Peminat tidak dapat melihat kemunculan Victoria bersama Spice Girls.

Sementara itu, sumber rapat kepada penyanyi itu turut mengesahkan Victoria tidak akan menyertai kumpulan itu biarpun ada rayuan daripada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: David Beckham masih simpan tiket tren milik Victoria, imbau pertemuan pertama di ruang menunggu pemain MU

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan pembedahan plastik, wajah awet muda Victoria Beckham guna rawatan laser RM10,000 satu sesi

"Glastonbury mungkin menjadi persembahan paling hebat di abad ini tetapi Victoria tidak akan melakukannya.

"Dia telah mengukir kerjayanya sebagai pereka fesyen, jadi menyanyi merupakan satu perkara yang perlu dipertimbangkan dengan teliti," kata sumber.

Spice Girls bakal membuat reunion di Glastonbury 2024 bagi meraikan ulang tahun ke-30 mereka.

Untuk info, Victoria menerima sebanyak £2 juta (RM10.6 juta) sepanjang dua tahun kumpulan itu membuat reunion.

Apa yang lebih menarik, Victoria menerima bayaran itu tanpa perlu terlibat dalam konsert jelajah bersama Spice Girls.

Difahamkan, syarikat penyanyi berkenaan iaitu Moody Productions telah memperoleh sebanyak £703,000 (RM3.7 juta) pada 2021 dan £403,000 (RM2.1 juta) pada 2020.

SG2 - 1

Victoria mahu fokus pada bisnes.

Moody Productions masih berhak atas potongan daripada pengambilan tawaran pelesenan dan merchandise yang dihasilkan daripada setiap persembahan kerana Posh secara teknikalnya masih menjadi anggota kumpulan berkenaan.

Pada 2019, biarpun tidak menyertai anggota Spice Girls yang lain iaitu Mel B, Mel C, Emma Bunton dan Geri Horner di tour reunion mereka, Posh tetap menghasilkan keuntungan £1 juta (RM5.3 juta).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain