PENDEDAHAN pelakon Song Ji Hyo berkenaan perniagaan feri yang dimiliki keluarganya mengejutkan peserta program realiti Running Man. Perkara itu dikongsi semasa siaran 16 Julai, di mana Running Man menyiarkan satu episod khas berjudul 'Joseon version of Tazza'. Kenyataan Ji Hyo mengejutkan peserta lain. Aktres berkenaan memaklumkan bapanya merupakan seorang pekerja yang bertugas di pejabat. Bagaimanapun, kenyataan pelakon itu dicelah oleh salah seorang peserta program berkenaan iaitu Yoo Jae Seok yang memberitahu ibu Ji Hyo mempunyai restoran makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar tuntutan gaji, Song Ji Hyo saman syarikat pengurusan ARTIKEL BERKAITAN: Kecekapan Song Ji Hyo guna bahasa isyarat sapa peminat OKU di Malaysia buat ramai kagum - "Tak ada boleh lawan keramahan dia" Ji Hyo menafikan dakwaan itu dan buat pertama kali mendedahkan ibu bapanya memiliki perniagaan feri di Tongyeong, Korea Selatan. "Bukan. Ibu saya bukan pemilik restoran. Macam mana kamu boleh reka cerita itu? "Ibu bapa saya mengusahakan perniagaan feri di Tongyeong," katanya. Kenyataan yang dibuat oleh pelakon itu membuatkan semua peserta Running Man terkejut, namun Ji Hyo menegaskan dia tidak mahu berkongsi lebih banyak berkaitan keluarganya. "Ibu bapa saya, adalah ibu bapa saya.. saya adalah diri saya sendiri. Kami tidak menyentuh soal peribadi masing-masing. Ji Hyo enggan berkongsi lanjut tentang hal keluarga. "Mereka sudah lama mengusahakan perniagaan itu," ujarnya. Baru-baru ini, Ji Hyo dikritik kerana perubahan sikapnya dalam program realiti tersebut. Pelakon itu sebelum ini dikenali sebagai seorang peserta yang aktif namun kebelakangan ini dikecam kerana menunjukkan reaksi pasif dan tidak bersemangat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!