SETELAH lama menyepi, nama Kajol kembali menjadi bualan ramai apabila muncul dengan filem baharu bertajuk The Trial. Lebih menarik perhatian apabila Kajol juga melakukan aksi bercium di dalam filem berkenaan bersama aktor Alyy Khan. Babak tersebut menjadi tular di media sosial dan rata-ratanya terkejut dengan perubahan aktres berkenaan memandangkan selama ini dirinya tidak akan melakukan adegan panas. Hubungan Kajol dan suami jadi bualan netizen. Susulan itu, netizen turut mendakwa Kajol dan suaminya Ajay Devgan telah bercerai membuatkan dia berani melakonkan babak tersebut. Khabar tersebut nampaknya tidak mengejutkan ramai memandangkan selama ini rumah tangga aktres berkenaan sering kali dilanda pelbagai masalah. Bagi menyangkal dakwaan tersebut, pelakon Ajay pula memuat naik sebuah foto di Instagram miliknya yang memaparkan dia bersama Kajol dan anak-anak sedang bercuti. ARTIKEL BERKAITAN: Cerita sedih sebalik kejayaan ‘Kabhi Khushi Kabhi Gham’, Kajol dedah alami keguguran anak pertama ARTIKEL BERKAITAN: Viral wajah cantik, anak Kajol dan Ajay Devgan tak tunjuk minat jadi pelakon "Tiada yang lebih seronok berbanding menghabiskan masa dengan keluarga," katanya. Perkongisan tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata meminta agar aktor tersebut menjaga isterinya dengan baik. "Kajol tak kongsi gambar dia? tapi harap dia jaga isteri dia sebaiknya," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!