PENYANYI Rossa dituduh meminggirkan pendatang baharu Betrand Putra Onsu atau Onyo ketika mengundangnya menjayakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada malam Jumaat lalu. Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani, 45, menjelaskan dia tidak berniat bersikap berat sebelah terhadap Onyo sebaliknya cuba menyantuni setiap penyanyi undangan termasuk Rizky Febian. Tambah Rossa, tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan sebahagian video yang menunjukkan dia tidak melayan Onyo ketika mengadakan persembahan duet bersama Rizky adalah tidak adil. Rossa menjayakan konsert di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. "Apabila menyanyi bertiga, pasti ada pembahagian masing-masing. Ada bahagian saya, Onyo dan Iky (panggilan buat Rizky). "Video yang dimuat naik dan dijadikan content fitnah menunjukkan Iky sedang menyanyi dan sudah tentu saya memberi pandangan kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiket habis dalam tempoh 24 jam, Rossa tambah tarikh konsert di Malaysia... siap bawa Rizky Febian dan Mahalini atas pentas ARTIKEL BERKAITAN: Rossa harap 'Khanti' ulang kejayaan 'Ayat-Ayat Cinta', sedang intai kolaborasi dengan penyanyi Malaysia "Sewaktu Onyo pula menyanyi saya beri pandangan kepadanya... saya harap semua faham," katanya. Rossa membuat penjelasan itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa apabila ramai mengentam dirinya kerana bersikap pilih bulu. Dalam pada itu, Rossa mendedahkan dia sendiri mengundang Onyo malah menggunakan wang sendiri semata-mata mahu membawa penyanyi berusia 18 tahun itu ke Malaysia. Kata Rossa, niatnya mahu membantu Onyo melebarkan sayap di negara ini kerana melihat potensi dan bakat luar biasa penyanyi lagu Ku Yang Selalu Salah itu. "Saya yang mengajak Onyo ke Malaysia dengan menggunakan wang peribadi kerana saya sangat sayang kepada Onyo. Rossa didakwa lebih melayani Rizky. "Onyo mempunyai bakat besar dan kami ingin mempromosikan Onyo di Malaysia," katanya. Pada Jumaat lalu, Rossa menjayakan konsert Rossa Another Journey: The Beginning yang berlangsung selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur. Menerusi persembahan lagu terakhir iaitu Pudar, seorang pengguna TikTok memuat naik rakaman video tersebut dan meluahkan rasa sedih melihat Onyo kerana tidak dilayan oleh penyanyi berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!