suria

Lindsay Lohan kini bergelar ibu, bayi lelaki diberi nama Luai

Lindsay dan suami menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

PELAKON Lindsay Lohan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama di Dubai.

Perkara tersebut disahkan oleh wakil aktres berkenaan seperti yang dipetik dari People memaklumkan Lindsay dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.

"Lindsay Lohan dan suaminya, Bader Shammas selamat menyambut bayi lelaki dan mereka dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lindsay Lohan sudah hamil, tak sabar mulakan hidup sebagai ibu

"Bayi tersebut diberi nama Luai. Seluruh ahli keluarga gembira dengan kehadiran bayi itu," ujar wakil berkenaan.

Nama yang dipilih itu membawa maksud kuat atau pelindung dalam bahasa Arab.

Bagaimanapun tarikh sebenar bayi itu dilahirkan dan maklumat terperinci tidak didedahkan.

lindsay 2

Lindsay kini memperlahankan kerjaya seni.

Pada Mac lalu, pelakon Freaky Friday ini berkongsi khabar gembira dirinya hamil dan meluahkan rasa teruja untuk bergelar ibu.

Lindsay sebelum ini juga pernah memberitahu ingin mengurangkan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus kepada rumah tangga.

Pasangan ini berkahwin pada 2 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain