suria

Putus sebab nafsu buas, Lucinta Luna dedah kena tampar ketika hubungan intim - “Muka ini mahal”

Lucinta terbuka berkongsi kisah intim bersama bekas kekasih.

SELEBRITI transgender sensasi Indonesia Lucinta Luna mencuri tumpuan apabila mendedahkan punca sebenar dia memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya.

Lucinta mendedahkan dia memutuskan hubungan dengan lelaki Inggeris kerana tidak tahan melayan nafsu serakah lelaki berkenaan ketika bersama.

"Saya tidak kuat nak memuaskan nafsu syahwatnya. Kadang-kadang sehari dia minta 10 hingga 12 kali (hubungan seks). Saya penat!," katanya.

lucinta luna 2

Lucinta sekali lagi menjalinkan hubungan rapat dengan lelaki Inggeris.

Tidak hanya itu, Lucinta mendakwa bekas teman lelakinya itu suka mengamalkan seks ganas dan disebabkan itu dia memilih meninggalkan jejaka berkenaan.

Lucinta yang sebelum ini pernah melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian wajah bimbang sekiranya tindakan buas lelaki berkenaan boleh mendatangkan kecederaan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna kini ingat dosa, menyesal buat pembedahan plastik

"Dia suka menampar muka saya. Muka ini mahal.

"Saya pernah ke Bangkok dan menangis kerana tidak tahan dengannya sebab itu saya minta putuskan hubungan kami,” ujarnya.

Sementara itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Lucinta kini dilihat sudah mempunyai kekasih baharu yang juga bukan warganegara Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain