suria

Mahu pujuk isteri, Rendy Kjaernett buang tatu wajah kekasih gelap

Rendy mahu menambat semua hati isterinya.

PELAKON Rendy Kjaernett sanggup melakukan apa sahaja demi menambat semula hati isterinya Lady Nyolan selepas dia berlaku curang dengan Syahnaz Sadiqah.

Rendy, 35, turut meluahkan hasrat untuk membuang tatu wajah Syahnaz yang dicacah di belakang badannya sebagai bukti mahu memperbaiki hubungan mereka.

"Saya dalam proses (membuang tatu) dan sudah mendapatkan nasihat daripada pencacah tatu. Ada beberapa langkah perlu dilakukan.

ken2

Rendy sanggup membuang tatu wajah Syahnaz yang dicacah di belakang badannya.

"Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menampal tatu itu dengan ukiran lain," katanya seperti dilaporkan Liputan 6.

Tindakan tersebut kata Rendy adalah sebagai bukti dia bertanggungjawab terhadap sikap curang yang pernah dilakukan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan dapat 4 ‘yes’, mahu bina rumah perlindungan haiwan jika menang America's Got Talent

ARTIKEL BERKAITAN: Putus sebab nafsu buas, Lucinta Luna dedah kena tampar ketika hubungan intim - “Muka ini mahal”

"Saya akan beritahu kepada semua kalau sudah buang (tatu). Saya akan buat secepat mungkin.

"Apa yang dilakukan ini sebagai bukti saya serius atas perbuatan saya sebelum ini," ujarnya.

Kisah kecurangan Rendy dan Syahnaz sebelum ini menjadi tumpuan ramai selepas Lady mendedahkan hubungan sulit suaminya itu di media sosial.

Susulan kemelut itu, Lady turut bertindak memfailkan cerai terhadap Rendy pada 10 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain