suria

Pelakon ‘Euphoria’ Angus Cloud meninggal dunia seminggu selepas kematian bapa

Angus ditemukan tidak bernyawa di kediaman keluarganya.

PELAKON drama bersiri Euphoria Angus Cloud ditemukan tidak bernyawa di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat pada Isnin.

Angus berusia 25 tahun.

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh ahli keluarganya dalam satu kenyataan kepada media.

Lebih menyedihkan lagi, Angus meninggal dunia seminggu selepas kematian bapanya, Conor Hickey.

"Dengan berat hati kami harus mengucapkan selamat tinggal buat seorang insan yang hebat. Angus seorang yang sangat istimewa sebagai seorang artis, rakan dan juga anak.

angus cloud 2

Angus meninggal dunia seminggu selepas kematian bapanya.

"Dia berdepan dengan kesedihan teruk selepas kematian bapanya minggu lalu. Angus kini bersama mendiang bapanya yang juga seorang sahabat buatnya," tulis kenyataan berkenaan seperti dilaporkan CNN.

Dalam pada itu, ahli keluarga turut menyebut pelakon tersebut berdepan dengan masalah kesihatan mental namun tidak mendedahkan punca sebenar kematian aktor muda itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Sinead O'Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun

Malah ada laporan menyebut, kematian Angus adalah disebabkan pengambilan bahan terlarang secara berlebihan.

"Kehilangan Angus mengingatkan kita bahawa anda tidak bersendirian dan tidak melawan dengan penyakit (mental) secara sendirian," tulis kenyataan itu lagi.

Nama Angus mula meledak selepas dia membintangi drama Euphoria yang mula ditayangkan pada tahun 2019 dan watak Fezco benar-benar meninggalkan kesan kepada peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain