suria

Inara Rusli dituduh jalin hubungan sulit dengan peguam, digelar tiada maruah - “Saya masih isteri Virgoun”

Inara selesa berkawan dengan sesiapa sahaja.

KISAH melibatkan isteri kepada penyanyi Virgoun masih belum reda apabila kali ini dia dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan peguamnya sendiri.

Disebabkan gosip itu juga, Inara Rusli turut dituduh tidak pandai menjaga maruah diri memandangkan dia masih memegang status isteri.

Tidak membiarkan gosip itu terus bertebaran, Inara tampil menyangkal dakwaan tersebut.

Inara

Inara terima bunga dari seorang peguam jadi bualan.

"Saya belum bersedia menerima mana-mana lamaran lelaki. Saya masih belum cerai dengan Virgoun. Mengarut!," katanya seperti dilaporkan Detikhot.

Dalam pada itu, Inara berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi hubungan itu tidak lebih daripada sekadar teman biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh seorang yang garang, pembantu rumah bertukar 50 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti

Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangannya secara terbuka.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain