suria

Nia Ramadhani resah kalau berat badan naik, fikir perasaan suami 

Nia ada amalan tersendiri untuk kekal langsing.

PELAKON Nia Ramadhani tetap memastikan bentuk tubuhnya sentiasa langsing meskipun sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

Nia, 33, berkata, bentuk tubuh langsing bukan sahaja penting untuk memikit hati suami tetapi sebagai kepuasan diri sendiri.

Justeru itu katanya, status sudah berkahwin tidak seharusnya dijadikan alasan seorang wanita untuk terus melupakan penjagaan diri selepas bergelar isteri dan ibu.

nia 1

Penampilan Nia sering mendapat pujian meskipun sudah bergelar ibu.

"Ramai dalam kalangan wanita yang tidak lagi menjaga bentuk badan apabila mereka sudah berkahwin. Saya tak setuju dengan pendapat sebegitu.

"Semakin ramai anak kita perlu bekerja keras untuk jaga bentuk badan.

"Saya selalu fikirkan perasaan suami jika tengok saya gemuk. Saya mahu suami gembira," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengidam kayuh basikal tengah malam dan melancong ke Jepun, Atta Halilintar terpaksa layan kerenah pelik isteri hamil anak kedua

Berkongsi tentang amalan kesihatan, Nia telah menetapkan aktiviti berbeza setiap hari agar tidak berasa bosan dan mendapat kesan lebih cepat.

Antara yang dilakukan adalah bermain golf, tenis, berlari serta senama di gimnasium selain mementingkan pemakanan.

"Kalau berat badan dah naik, saya terus jaga pemakanan. Tetapi tidaklah berterusan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain