PENYANYI Taylor Swift berkongsi keuntungan diperoleh menerusi konsert jelajahnya iaitu Eras Tour dengan memberi bonus enam angka kepada pemandu trak yang membawa peralatan konsertnya di seluruh Amerika Syarikat. Taylor dilaporkan memberi bonus sebanyak AS$100,000 (RM450,000) kepada 50 pemandu trak sebagai menghargai sumbangan mereka yang bertungkus lumus memastikan konsertnya berjalan lancar. Secara keseluruhan Taylor membelanjakan wang berjumlah AS$5 juta (RM22.5 juta) ketika mengadakan persembahan di Santa Clara, California pada Sabtu lalu. Konsert Taylor Swift's Era Tour dapat sambutan luar biasa. Penyanyi lagu Shake It Off itu menyerahkan bonus itu sebagai penutup konsert jelajahnya di Amerika Syarikat yang akan berakhir di Stadium SoFi di Los Angeles pada 5 Ogos ini sebelum bergerak ke Mexico. Konsert jelajah itu dilaporkan membuat keuntungan sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion). ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift peluk pelakon Twilight selepas 15 tahun berpisah, rakam semula lagu kisah cinta mereka ARTIKEL BERKAITAN: Cepat betul ‘move on’! Taylor Swift dah jumpa pengganti selepas putus Matty Healy, katanya penyanyi India Kutipan itu juga menjadikan Taylor sebagai penyanyi dengan pendapatan konsert jelajah paling tinggi dalam sejarah muzik Amerika Syarikat. Sementara itu, penari, krew teknikal, krew keselamatan, krew produksi dan katering turut menerima imbuhan namun tidak dinyatakan jumlahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!