suria

Pernah minta cerai depan anak-anak Anang, Ashanty menyesal sampai sekarang

Ashanty menyesal pernah minta cerai.

PENYANYI Ashanty mendedahkan dia pernah minta diceraikan oleh suaminya, Anang Hermansyah ketika di awal perkahwinan mereka.

Ashanty atau Ashanti Hastuti, 39, berkata, perkataan itu keluar daripada mulutnya selepas mereka bergaduh besar dan turut didengari oleh dua anak tirinya iaitu Aurel dan Azriel.

Malah kata penyanyi itu, dia juga turut menelefon peguamnya bagi memfailkan penceraian terhadap Anang.

"Saya telefon peguam, depan Aurel saya beritahu untuk mahu berpisah.

ashanty2 - 1

Ashanty mengakui berdepan kemelut rumah tangga di awal perkahwinan.

"Peguam yang saya hubungi juga masih hidup, mujur waktu itu tidak ada media sosial kalau tidak mesti cerita ini sudah heboh diperkatakan," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi Andai Aku Bisa itu memberitahu dia menyesali tindakan itu malah rasa berdosa setiap kali mengingati insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty tak pernah 'check' telefon bimbit Anang, jaga privasi kunci kebahagiaan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty masuk hospital akibat sesak nafas, Anang tak sanggup tengok isteri pakai alat bantuan pernafasan

"Sampai sekarang saya rasa berdosa kerana sekiranya perkara ini berlaku anak-anak akan terluka untuk kali kedua.

"Saya lihat wajah mereka, mereka menangis dan berkata 'ibu jangan begitu'," ujarnya.

Sementara itu, Ashanty berkongsi Anang turut menangis mengenangkan perbuatannya dan Ashanty yang pada ketika itu masih berusia 20-an turut mendapatkan nasihat daripada ibunya.

"Ibu saya menangis. Katanya saya tidak sepatutnya jadi perempuan seperti itu. Anang pun merasa bersalah dan dia turut menangis," katanya.

ashanty1 - 1

Ashanty dan Anang bersama anak-anak mereka.

Sejak daripada saat itu, Ashanty mengakui mereka suami isteri tidak lagi pernah bertengkar sehebat itu.

Untuk rekod, Ashanty dan Anang mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arsy Hermansyah dan Arsya Hermansyah.

Sebelum ini, Anang pernah berkahwin dengan penyanyi popular Kris Dayanti pada 1996, namun ikatan itu berakhir pada 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aurel dan Azriel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain