PENYANYI Lizzo berdepan tindakan saman atas dakwaan melakukan gangguan seksual selain menimbulkan persekitaran kerja kurang menyenangkan. Saman tersebut difailkan oleh tiga penari iringan Lizzo ketika tampil dalam sebuah acara di Amsterdam, Belanda baru-baru ini. Tiga individu yang membuat laporan berkenaan adalah Arianna Davis, Crustal Williams dan Noelle Rodriguez. Tindakan Lizzo membawa padah buat diri sendiri. Laporan tersebut menyebut Lizzo atau Melissa Viviane Jefferson, 35, sengaja mempamerkan persembahan tidak senonoh ketika itu. Dia didakwa memaksa penari memakan pisang yang sebelum itu disumbat dalam kemaluan seorang wanita lain. ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B ‘naik hantu’ baling mikrofon, bengang peminat simbah air semasa persembahan Bukan itu sahaja, Lizzo juga dikatakan memberi galakkan kepada penonton untuk menyentuh kemaluan mangsa. Saman tersebut difailkan terhadap syarikat produksi milik Lizzo iaitu Big Grrrl Big Touring dan ketua pasukan penari, Shirlene Quigley. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!