suria

Kerap luang masa bersama di rumah... Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun sah bercinta

Jisoo bercinta dengan Ahn Bo Hyun.

AGENSI syarikat pengurusan YG Entertainment dan FN Entertainment mengesahkan penyanyi Jisoo Blackpink dan pelakon Ahn Bo Hyun kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Allkpop melaporkan, wakil YG Entertainment memberitahu media pada Khamis bahawa pasangan itu sedang mula mengenali hati antara satu sama lain.

"Jisoo dan Ahn Bo Hyun kini sedang mengenali hati masing-masing... kami sangat menghargai sekiranya anda dapat menyokong mereka berdua dengan baik," katanya.

TOP jisoo - 1

Bo Hyun dan Jisoo dilihat sering meluangkan masa bersama di rumah.

Bibit-bibit hubungan cinta mereka dapat dihidu oleh Dispatch apabila secara eksklusif melaporkan Bo Hyun kerap menghabiskan masa di rumah penyanyi lagu Flower itu di Yongsan, Korea Selatan.

Untuk info, Bo Hyun berusia 35 tahun dan Jisoo berusia 7 tahun lebih muda.

Kedua-dua bintang itu memulakan kerjaya pada 2016 iaitu Bo Hyun menerusi filem Hiya dan Jisoo memulakan kerjaya nyanyiannya bersama Blackpink.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam Jisoo Blackpink terdedah, peminat salahkan penata gaya

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dari Malaysia terjumpa Jisoo dan Rose dalam penerbangan, permintaan bergambar ditolak secara baik

Sebelum ini, Jisoo pernah digosipkan bercinta dengan pemain bola sepak Tottenham Hotspur iaitu Son Heung Min.

Hubungan mereka mula dihidu apabila Jisoo menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur di London pada September 2019.

Desas-desus turut menyebut Jisoo dan Son dilihat memakai gelang sama dipakai oleh Son dan dilihat mencium selepas menjaringkan gol.

Namun, pasangan tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan hubungan mereka terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain