PENYANYI rap Snoop Dog mendedahkan dirinya fobia dan takut dengan kuda. Snoop atau nama sebenarnya Calvin Cordozar Broadus Jr. mengakui seorang equinophobia iaitu mempunyai ketakutan terhadap kuda. Snoop Dogg berkongsi rahsia itu dalam sebuah siaran YouTube Doube G News yang disiarkan pada Selasa lalu. Snoop tidak tahu punca mengapa dirinya takut kepada kuda. Dalam temu bual program berkenaan, seorang tetamu undangan iaitu pelakon Tiffany Haddish memberitahu impiannya sewaktu kecil adalah ingin menjadi seorang penternak. Mendengarkan perkara itu, Snoop Dogg terus memberitahu dia takutkan kuda. ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati Snoop Dogg derma RM45,000 bantu seorang nenek pertahankan tanah keluarga ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Noki K-Clique terkejut persembahan 2 tahun lalu dapat perhatian artis antarabangsa - "Tak sangka Snoop Dogg tengok 16 Baris" Bagaimanapun, penyanyi berkenaan menjelaskan dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa dirinya begitu takut dengan haiwan tersebut. "Anda pasti tidak pernah melihat saya dengan kuda... saya pernah bersama iguana, burung unta atau semua jenis haiwan, tetapi bukan kuda," katanya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Sensual Seduction ini memaklumkan bahawa isterinya iaitu Shante Broadus memiliki tiga ekor kuda dan gemar menunggang kuda untuk menenangkan fikiran. Bagaimanapun, Snoop memberitahu dia tidak akan sesekali berinteraksi dengan haiwan berkenaan serta cuba untuk menjarakkan diri. Pun begitu, penyanyi itu juga tidak menolak sekiranya satu hari nanti dirinya mampu untuk menghilangkan rasa ketakutan terhadap haiwan berkenaan. "Mungkin satu hari nanti seseorang boleh memperkenalkan saya dengan seekor anak kuda... atau boneka kecil yang boleh saya biasakan diri untuk berada di sekelilingnya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!