PELAKON Hugh Jackman mengesahkan perkahwinannya dengan isteri iaitu Deborra Lee berakhir dengan perpisahan selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga. Jackman atau Hugh Michael Jackman, 55, berkata, mereka mencapai kata sepakat untuk meneruskan kehidupan tanpa ikatan perkahwinan namun tidak mendedahkan punca mereka mahu bercerai. Pelakon yang popular menerusi watak Wolverine ini juga meminta orang ramai agar menghormati keputusan serta privasi mereka ketika mengharungi situasi sukar ini. "Kami sangat bersyukur melalui kehidupan sebagai suami isteri selama hampir tiga dekad. Perkahwinan penuh kasih sayang. Jackman mohon agar menghormati privasi keluarga. "Perjalanan kami kini berubah dan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. "Keluarga adalah keutamaan kami. Kami akan jalani fasa baru dengan penuh tanggungjawab, kasih sayang dan kebaikan. Dalam pada itu, memetik laporan People, Hugh dan Deborra tidak akan memberi sebarang respons berhubung isu penceraian mereka selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Jo In Sung bakal kahwini Park Sun Young tersebar, agensi tampil jawab spekulasi Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 April 1996 selepas setahun bertemu di set penggambaran. Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Oscar, 23, dan Ava, 18 tahun. Deborra, 68, yang juga merupakan seorang pelakon lebih awal mencipta nama dalam industri seni di Australia sebelum Jackman memulakan kerjaya di Hollywood. Jackman sering berkongsi momen bahagia bersama isteri. Keretakan rumah tangga pasangan ini menjadi tanda tanya ramai memandangan mereka sering dilihat bahagia bersama. Malah sempena sambutan ulang tahun perkahwinan April lalu Jackman turut mengungkapkan kata-kata romnatis buat Deborra. Kali terakhir mereka dilihat menghadiri acara karpet merah bersama adalah pada sekitar Julai lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!