suria

Tegas tapi tak sampai tergamak dera anak, isteri persoal kredibiliti Virgoun sebagai bapa

Inara mempersoalkan kredibiliti Virgoun dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

ISTERI kepada penyanyi Virgoun menyangkal tuduhan dia pernah mendera anak-anaknya sendiri seperti didakwa oleh ibu mentuanya.

Inara sebaliknya menjelaskan semua bukti dikemukakan terhadap dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

Bagaimanapun Inara mengakui dia seorang ibu yang tegas dalam mendisiplin anak-anaknya namun tidak keterlaluan sehingga tergamak melakukan penderaan.

inara 3

Eva (tengah) mendakwa pernah melihat cucunya dipukul.

"Saya sudah tengok sendiri bukti-bukti yang dikemukakan, ia sangat lucu... Saya ada cara tersendiri mendidik anak-anak," katanya menerusi satu temu bual.

Dalam pada itu, Inara turut mempersoalkan peranan Virgoun dalam menjalankan tugas sebagai seorang bapa di rumah.

"Sepatutnya harus dipersoalkan tanggungjawab seorang bapa di rumah. Perkara ini boleh di atasi sejak awal," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh jalin hubungan sulit dengan peguam, digelar tiada maruah - “Saya masih isteri Virgoun”

Sebelum ini, ibu kepada Virgoun iaitu Eva Manurung mendakwa pernah menyaksikan sendiri Inara memukul salah seorang cucunya.

Dakwanya, dia memukul cucunya kerana kanak-kanak itu tidak mahu makan sehingga Virgoun yang berada di tingkat atas rumah turun bagi meleraikan keadaan.

Konflik rumah tangga Virgoun dan Inara masih berlarutan selepas penyanyi itu memfailkan cerai pada Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain