KEMELUT rumah tangga penyanyi Joe Jonas memasuki episod baru apabila tular foto isterinya, Sophie Turner sedang bercium dengan seorang lelaki di media sosial. Menerusi foto yang tersebar, Sophie dilihat asyik berciuman dengan pelakon Frank Dillane ketika mereka sedang bersantai di tepi pantai di Sepanyol. Malah mereka dilihat saling berpelukan dan berseronok seolah-olah tiada apa yang berlaku. Antara foto yang tular di media sosial. Memetik laporan Daily Mail, pasangan berkenaan sebenarnya sedang menjalani penggambaran drama terbaharu mereka. Katanya, Sophie menjalankan tugasnya dengan baik meskipun hatinya sedang gundah memikirkan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya. ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas dan isteri berpisah, sudah upah peguam uruskan penceraian ARTIKEL BERKAITAN: Selepas seminggu fail cerai, Joe Jonas akhirnya buka mulut jawab kontroversi berpisah dengan isteri Minggu lalu, Joe dilaporkan memfailkan cerai terhadap Sophie di sebuah mahkamah di Florida dengan alasan hubungan mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2019 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Willa, 3 dan seorang lagi anak yang tidak didedahkan identitinya tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!