suria

Aktres Indonesia mengaku terlibat pembikinan filem porno, polis kini buru Irwansyah

Meli tidak dapat menolak tawaran kerana perasaan takut.

SELEBRITI Indonesia, Anisa Tasya Amelia atau Meli 3GP termasuk dalam senarai artis yang dipanggil penyiasat Polis Daerah Metro Jaya, Jakarta kerana terlibat dalam pembikinan filem lucah di rumah produksi Kelas Bintang.

Mengenakan topi hitam dan menutup muka, Meli keluar dari bilik siasatan ditemani seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai teman lelakinya.

Polis juga kini giat memburu individu dikenali sebagai Irwansyah yang merupakan pengarah dan pemilik produksi berkenaan.

meli - 1

Meli mengakui hanya dibayar RM305 untuk membintangi filem lucah.

Menurut Meli, pertama kali dia dihubungi oleh Irwansyah menerusi mesej peribadi di Instagram.

Dia bagaimanapun tidak dapat menolak tawaran itu kerana berasa takut.

"Dia lebih agresif, kerana dia terus menelefon tanpa henti dengan nombor berbeza. Dia berbual menggunakan lima nombor berbeza," ujarnya.

Tambah Meli lagi, dia hanya terlibat dalam satu video sahaja dan menarik diri kerana berasa tidak selesa dengan adegan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Katy Perry berdepan 4 tuduhan jenayah seksual, Russel Brand dakwa konspirasi jatuhkan reputasi

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar gangguan seksual, DJ Soda dedah pernah dirogol pencuri

"Memang trauma untuk berlakon... dari pukul 11 ​​pagi hingga 3 pagi esoknya mereka suruh lakonkan beberapa adegan dan dipaksa melakonkan babak yang disuruh seperti menanggalkan pakaian," katanya

Untuk setiap pembabitan, Meli memberitahu dia dibayar 1 juta rupiah (RM305) oleh Irwansyah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain