SUSULAN terpalit dengan kontroversi jenayah seksual, YouTube menggantung saluran milik pelawak dan pelakon Russell Brand daripada menjana pendapatan menerusi pengiklanan di platform digital berkenaan.Memetik laporan BBC, wakil YouTube memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya ada pengguna melanggar syarat dan garis panduan komuniti ditetapkan platfdorm berkenaan. Dalam beberapa tahun ini, bekas personaliti televisyen itu telah mengubah konsep perkongsian videonya apabila lebih menjurus kepada kerohanian, anti-pertubuhan politik dan baru-baru ini mengenai UFO.Russell menafikan dakwaan terhadap tuduhan jenayah seksual.Dengan jumlah pengikut 6.6 juta, Pengarang dan Ketua Eksekutif Analisi Media Sosial CORQ iaitu Sara McCorquodale menganggarkan Russell memperolehi pendapatan kira-kira £2,000 (RM11,600) hingga £4,000 (RM23,200) untuk setiap video dimuat naik di YouTube."Russell mungkin membuat lebih banyak pendapatan daripada YouTube berbanding platform lain.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Katy Perry berdepan 4 tuduhan jenayah seksual, Russell Brand dakwa konspirasi jatuhkan reputasiARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat terima trofi di Festival Filem Venice, aktor 'My Fault' kena tahan buat serangan seksual"Semuanya mendorong orang ramai ke saluran YouTube miliknya, jadi itu mungkin merupakan hasil pendapatan ketara baginya... langkah yang diambil YouTube ini mungkin akan memberi sedikit kesan buat Russell," katanya.Sebelum ini, bekas suami kepada penyanyi Katy Perry itu dituduh melakukan empat tuduhan jenayah termasuk rogol, serangan seksual dan penderaan emosi terhadap mangsa.Mirror melaporkan empat wanita tampil membuat dakwaan itu dalam insiden yang berlaku di antara 2006 dan 2013.Salah seorang pengadu mendakwa Russell mempunyai hubungan dengannya selama tiga bulan ketika dia berusia 16 tahun dan pernah merogolnya dengan memasukkan zakar ke dalam mulutnya sehingga tercekik.Bagaimanapun, Russell tampil menafikan semua tuduhan dan mengakui suatu ketika dahulu dia pernah menjalani kehidupan dengan pergaulan bebas namun semua atas dasar suka sama suka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!