GARA-GARA menunjukkan reaksi serius sewaktu menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen, pelawak Sule menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen di media sosial. Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna, dilabel sebagai seorang pelawak yang sombong kerana dikatakan membuat raut wajah kurang menyenangkan ketika itu. Susulan itu, bapa kepada Rizky Febian ini membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian berkenaan. Sule dikecam netizen kerana buat wajah serius. "Saya minta maaf kepada semua pihak yang rasa tersinggung oleh saya," kata Sule menerusi klip di YouTube. Dalam pada itu, Sule turut meminta orang ramai supaya tidak menilai perwatakannya berdasarkan daripada penampilan luaran sahaja. Malah, Sule mengambil pendekatan untuk tidak mengambil endah dengan segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Sule belum terbuka hati tamat zaman duda, sibuk urus perkahwinan Rizky Fabian dan Mahalini "Kesombongan itu tidak dilihat daripada muka kerana muka saya memang muka sombong, muka saya memang nampak sombong, tak apa yang penting hati ini lembut," ujarnya. Selain itu, meskipun menerima tuduhan tak berasas namun Sule memberitahu perkara itu tidak akan menjejaskan karekternya sebagai seorang pelawak. "Saya tetap hormat kepada sesiapa pun dan tak akan berubah apa-apa," tambahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!