suria

Mark Wahlberg mahu terbit filem sendiri, buat keputusan bersara sebagai pelakon 

Mark buat keputusan untuk bersara?

PELAKON Mark Wahlberg memberi bayangan bakal menamatkan kariernya sebagai bintang Hollywood tidak lama lagi.

Mark atau Mark Robert Michael Wahlberg, 52, berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual yang dibuat secara ekslusif bersama majalah Cigar Aficionado.

Hampir tiga dekad berada dalam dunia lakonan, membuatkan pelakon ini mengambil keputusan mengundurkan diri apatah lagi dia semakin berusia.

photo1695291304

Mark Wahlberg beri bayangan bakal bersara?

Dalam pada itu, Mark Wahlberg juga memberitahu keputusan pengunduran ini tidaklah dilakukan secara mengejut sebaliknya akan beralih arah menjadi seorang penerbit pula.

Mengakui sepanjang 30 tahun berada dalam industri perfileman membuat dia lebih teruja untuk menghasilkan karya berkualiti berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mark Wahlberg dapatkan badan sasa selepas 6 bulan jaga makan dan latihan

"Saya memang banyak idea untuk dijadikan filem dan rasanya sekarang adalah masa paling sesuai berbuat demikian," katanya.

Mark Wahlberg mula aktif berlakon bermula pada tahun 1990 dan antara lakonan pertamanya menerusi filem ialah Renaissance Man, kemudian diikuti dengan filem box office lain seperti Planet Of The Apes, The Italian Job, Ted, Deepwater Horizon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain