PENYANYI dangdut sensasi Dewi Perssik menyangkal dakwaan hubungannya dengan kekasih dikenali sebagai Rully sudah berakhir dengan perpisahan. Dewi atau lebih mesra dengan sapaan Depe berkata, kesibukan dengan tugas masing-masing membuatkan mereka jarang dapat bertemu namun masih kerap berhubung menerusi telefon. Sudah mengikat tali pertunangan, Depe bagaimanapun belum bersedia berkongsi majlis pernikahan mereka kerana merasakan pihak lelaki sepatutnya mengumumkan perkara itu. Dewi menyerahkan urusan berkaitan perkahwinan kepada teman lelakinya. "Saya tak tahu, saya kan di pihak perempuan," katanya seperti dilaporkan Intipseleb. Dalam pada itu, Depe berkata, sekiranya tiada jodoh di antara mereka, dia tidak akan menunggu lama bagi mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati. Depa berkata, dia juga tidak meletakkan harapan tinggi terhadap percintaan bersama juruterbang itu dan menyerahkan semuanya kepada takdir. ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik pelik timbul gosip putus tunang, bersedia jika kembali solo... “Saya tak boleh paksa orang untuk bertahan” ARTIKEL BERKAITAN: Dedah gaji bakal suami, netizen ketawakan Dewi Perssik... Tak percaya pendapatan sebulan RM60,000 "Kalau jadi kahwin dengan Rully saya bersyukur tapi kalau tidak, kita cari sahaja pasangan lebih kaya," ujarnya. Pada Februari lalu, Depe secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan Rully hanya selepas lima bulan bercerai dengan Angga Wijaya. Bagaimanapun kisah percintaan mereka sering menjadi tanda tanya kerana mereka jarang dilihat bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!