suria

Suga BTS daftar masuk latihan ketenteraan, peminat dilarang berkumpul ucap selamat tinggal 

Giliran Suga pula menjalani latihan ketenteraan.

PIHAK pengurusan kumpulan BTS memberi amaran kepada peminat untuk tidak menyerbu kem latihan ketenteraan yang menempatkan salah seorang anggotanya iaitu Suga yang bakal memulakan latihan pada Jumaat.

Bighit Music dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak akan mengadakan sebarang acara rasmi bagi menghantar Suga menyertai kem latihan.

"Tidak akan ada acara rasmi yang akan dilakukan pada sesi pendaftaran.

"Kami dengan rasa hormat memohon peminat mengelakkan diri daripada berkumpul di kem latihan Suga," kata kenyataan berkenaan.

suga2 - 1

Kerjaya seni Suga ditangguhkan seketika.

Allkpop sebelum ini melaporkan peminat merancang untuk berkumpul bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Suga yang akan menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.

Ia selepas Bighit memaklumkan Suga mengambil langkah untuk tidak lagi menangguhkan latihan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bertuah luang masa seharian bersama V (BTS), terus lulus peperiksaan masuk tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi lirik hina agama... RM BTS enggan mohon maaf, katanya itu hanya lagu

Untuk info, undang-undang Korea Selatan mewajibkan semua individu lelaki dalam lingkungan 18-25 tahun melengkapkan latihan 18 bulan dalam kem tentera.

Pada Oktober lalu, Bighit mengumumkan kesemua ahli BTS akan menyertai latihan ketenteraan pada 2023 dan kumpulan itu berehat selama dua tahun.

BTS dijangka kembali bergabung selepas mereka semua selesai menjalani latihan itu pada Oktober 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain