suria

Ambil dadah berlebihan secara tak sengaja punca kematian pelakon ‘Euphoria’ Angus Cloud

Peminat terkejut dengan berita kematian mengejut Angus.

KEMATIAN pelakon drama bersiri Euphoria iaitu Angus Cloud pada 31 Julai lalu disebabkan keracunan akibat pengambilan dadah berlebihan secara tidak sengaja.

Punca sebenar kematian mengejut Angus itu dibuat oleh pegawai penyiasat di California, Amerika Syarikat menerusi satu laporan yang dikeluarkan dua bulan selepas pemergiannya.

Pihak berkuasa mendedahkan hasil bedah siasat mengesan kehadiran dadah jenis fentanil, metamfetamin, kokain dan beberapa ubat-ubatan terlarang di dalam sistem tubuh aktor berusia 25 tahun itu.

angus 1

Angus meninggal disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.

"Keracunan itu disebabkan gabungan metamfetamin, kokain, fentanil dan benzodiazepin yang dikesan berada dalam sistem tubuhnya," kata laporan berkenaan.

Sehubungan itu, laporan sebelum ini mendakwa kematian Angus disebabkan bunuh diri adalah tidak benar malah ibunya iaitu Lisa Cloud Mclaughlin turut membantah perkara itu.

Angus didakwa memilih mengambil nyawanya sendiri susulan tidak dapat menerima hakikat kematian bapanya pada Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Euphoria’ Angus Cloud meninggal dunia seminggu selepas kematian bapa

"Walaupun dia sangat bersedih dengan kematian bapanya tapi itu bukan penyebab dia meninggal dunia.

"Hari terakhirnya dia dalam keadaan baik malah sempat mengemas bilik dan memberitahu mahu bekerja keras bagi mendapatkan lebih wang untuk saya," katanya.

Nama Angus mula meledak selepas dia membintangi drama Euphoria yang ditayangkan pada 2019 menerusi watak Fezco.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain