suria

Tempat parkir kereta lokasi Victoria jumpa David Beckham, elak percintaan dihidu peminat

Pasangan ini bersama empat anak mereka yang sudah dewasa.

PENYANYI Victoria Beckham mendedahkan tempat parkir kereta menjadi lokasi pertemuan dengan suami iaitu David Beckham ketika mereka sedang hangat bercinta pada akhir 1990-an.

Victoria berkata, kawasan itu menjadi tempat paling selamat supaya hubungan mereka tidak dihidu paparazi dan peminat.

"Pengurus saya selalu beritahu cuba bercinta secara rahsia, jadi kami bertemu di tempat letak kereta," katanya.

David dan Victoria diminta untuk menyorokkan hubungan mereka.

Cinta David dan Victoria masih utuh selepas 24 tahun berkahwin.

Victoria mendedahkan perkara itu menerusi treler dokumentari Netflix berjudul Beckham tentang karier David sebagai bintang bola sepak terkenal dunia.

Bagaimanapun kata Victoria, perkara itu tidak seburuk seperti disangka malah ia meninggalkan kenangan manis buat mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan restoran teruk kena belasah, dituduh cuba rakam foto David Beckham dan Lionel Messi

ARTIKEL BERKAITAN: Anak David Beckham kongsi foto cium kekasih atas padang... Victoria tinggalkan komen seakan-akan beri restu

Untuk rekod, David dan Victoria mengikat tali pertunangan pada 1998 sebelum melangsungkan perkahwinan pada Julai 1999 di London.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain