suria

Pelawak Ujang Ronda pun terlibat dalam filem lucah ‘Keramat Tunggak’... Terima bayaran RM150 sebab terdesak tiada kerja

Ujang terima tawaran berlakon filem Keramat Tunggak sebab terdesak tiada pekerjaan.

PELAKON dan pelawak Indonesia iaitu Ujang Ronda dilaporkan antara individu dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung penerbitan sebuah filem pornografi yang sedang heboh diperkatakan.

Ujang atau Supriatna Sujani, 54, yang hadir ke balai polis bagi merakamkan keterangannya memberitahu dia pada awalnya tidak tahu filem berjudul Keramat Tunggak itu merupakan sebuah karya pornografi.

Malah Ujang mendakwa hanya menerima bayaran sebanyak RM150 untuk melakukan babak komedi dalam filem tersebut.

"Saya tak terlibat dalam babak lucah. Saya hanya menerima bayaran RM150 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres Indonesia mengaku terlibat pembikinan filem porno, polis kini buru Irwansyah

"Filem itu ditayangkan pada 2022 dan saya tak tahu ia filem lucah! Apabila ada nama saya, ia jadi huru-hara," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan Selasa lalu.

Dalam pada itu, Ujang memberitahu dia bersetuju terlibat dalam penggambaran filem terbabit kerana tidak mempunyai pekerjaan susulan tiada tawaran lakonan akibat penularan wabak Covid-19 sebelum ini.

"Apa yang berlaku jadi peringatan buat saya... Ketika itu saya perlu bekerja untuk cari nafkah buat isteri dan anak. Itulah satu-satunya tawaran saya terima," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain