suria

Nayeon Twice menang saman, reputasi tercalar gara-gara fitnah ibu bekas kekasih

Tiada bukti menunjukkan Nayeon kena bayar semula wang teman lelakinya.

SELEPAS sembilan bulan turun naik mahkamah, penyanyi Nayeon Twice akhirnya menang dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh ibu bekas teman lelakinya.

Keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Daerah Seoul selepas mendapati tiada bukti kukuh yang menyatakan penyanyi berkenaan perlu membayar wang yang diberikan kepadanya.

Ibu bekas teman lelaki yang mahu dikenali sebagai A itu bagaimanapun tidak membuat rayuan selepas kalah ketika perbicaraan tersebut.

Nayeon

Pihak pengurusan Nayeon bakal ambil tindakan.

Pada Januari lalu A telah memfailkan saman sebanyak RM2.1 juta (600 juta won) kepada penyanyi berkenaan.

Memetik laporan Soompi, A telah memindahkan sebanyak RM 1.9 juta (535.9 juta won) sekitar 2004 sehingga 2016 kepada penyanyi berkenaan.

Difahamkan wang tersebut telah digunakan untuk membayar sewa bulanan, hutang, tuisyen dan alat telekomunikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nayeon (TWICE) nyanyi lagu BTS dalam tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Nayeon tertekan siapkan album solo, tak sempat nak rehat dan makan

Sementara itu, pihak pengurusan Nayeon Twice memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan memandangkan telah mencemarkan nama baik penyanyi berkenaan.

"Tiada apa yang mahu diperkatakan lagi berkaitan kes itu kerana keputusan itu sudah ditetapkan dan ditutup serta ia tidak berkaitan dengan aktiviti seni artis itu.

"Tapi kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas atas kes ini sebagai sesuatu yang boleh merosakkan reputasi artis atau menghinanya menerusi penulisan secara spekulasi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain