PELAKON Song Joong Ki meluahkan rasa sedih apabila timbul pelbagai khabar angin tentang isterinya iaitu Katy Louise Saunders sejak mereka bergelar suami isteri. Joong Ki berkata, terdapat segelintir pihak wartawan cuba mencipta khabar angin tentang Katy dengan menyebarkan pelbagai cerita fantasi seolah-olah menulis novel. Kata pelakon drama Reborn Rich itu, dia berasa sakit hati dengan perkara itu dan meminta ia dihentikan segera. Joong Ki tidak mahu isterinya terluka dengan khabar angin. "Ada segelintir wartawan menulis 'novel' tentang isteri saya dan perkara itu membuatkan saya terluka. "Perbuatan ini jelas tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba memburukkan Katy yang langsung tidak bersalah," katanya. Apa lebih menyedihkan kata Joong Ki, kisah tidak benar mengenai dia dan isteri tersebar sehingga ke media di United Kingdom. ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kahwin wanita Inggeris Song Joong Ki berubah sikap, mesra disapa peminat dan media di lapangan terbang ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki hilang sabar, bengang terlalu banyak spekulasi tidak benar tentang isteri Akibat perkara itu, Joong Ki berkata, Katy terpaksa memendam rasa disebabkan hal berkaitan peribadinya menjadi tumpuan dunia. "Bayangkan betapa sakitnya hati Katy apabila perkara ini berlaku. Dia juga ada beritahu berita mengenainya turut tersebar di UK. "Dia tidak biasa dengan perhatian diberikan apatah lagi apabila timbul pelbagai dakwaan tidak benar tentang kami," jelasnya. Joong Ki turut terluka dengan gosip yang tersebar. Joong Ki dan Katy berkahwin pada Januari lalu dan pada Jun pelakon itu mengumumkan isterinya melahirkan bayi lelaki. Untuk rekod, Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendant of The Sun. Bagaimanapun, hubungan pasangan selebriti ini tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2019. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!