suria

Mahkamah perintah 2 anak Joe Jonas dan Sophie Turner terus menetap di New York

Joe dan Sophie setuju supaya anak mereka tinggal di New York

PENYANYI Joe Jonas dan isterinya, Sophie Turner bersetuju atas perintah mahkamah supaya kedua-dua anak mereka menetap di New York ketika kes mereka sedang dibicarakan.

Ia susulan sebelum ini Sophie, 27 bertindak menfailkan saman terhadap Joe, 34, apabila enggan menyerahkan pasport anak-anak mereka.

Prosiding yang seterusnya berkenaan kes itu dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini.

Joe 1

Sophie failkan saman terhadap Joe kerana tidak menyerahkan pasport anak mereka.

Melalui perintah yang dipersetujuan itu, Sophie dan Joe dilarang untuk membawa kedua-dua anak mereka keluar daripada wilayah telah ditetapkan.

Jika perintah itu dilanggar, pihak pengadilan mempunyai hak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan serah pasport milik anak, Sophie Turner saman Joe Jonas

ARTIKEL BERKAITAN: Isu rumah tangga belum reda, pelakon Alexa Nikolas dakwa Joe Jonas pernah minta gambar bogel

Sebelum ini, Sophie bertindak untuk memfailkan saman terhadap suaminya apabila enggan menyerahkan pasport dua anak mereka bagi membolehkan mereka pulang ke England.

Pada 5 September lalu, Joe memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain