suria

Muncul ‘live’ dengan muka bertindik, Han So Hee jawab soalan pelik peminat mengenai imej baharu

Han So Hee pertama kali cuba bertindik.

PELAKON Han So Hee mendapat perhatian ramai selepas memuat naik foto penampilan baharunya yang bertindik pada bahagian wajahnya.

Susulan daripada itu, baru-baru ini aktres berkenaan dihujani soalan mengenai imej itu ketika membuat sesi siaran langsung Instagram miliknya.

Kata So Hee, dia tidak pernah bertindik dan akan menanggalkan tindikan itu sekiranya mempunyai komitmen kerja selepas ini.

han - 1

So Hee menjawab pertanyaan peminat berkaitan isu tindik.

"Apabila saya perlu bekerja, saya akan menanggalkannya. Saya melakukan perkara ini kerana saya tidak pernah bertindik sebelum ini.

"Namun jika penampilan bertindik ini sesuai untuk karakter projek saya seterusnya, saya akan membuat pertimbangan untuk tidak menanggalkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee minta peminat jangan taksub dengan selebriti, bentuk tubuh menarik sekadar tuntutan kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut botak tengah Han So Hee buat peminat bimbang, risau terkena penyakit alopecia

"Saya dengar sekiranya membiarkan tindik ini terlalu lama, ia akan menjadi parut... tetapi tidak mengapa saya boleh hilangkan parut dengan cara lain," katanya.

Dalam pada itu, So Hee turut berkongsi perkembangan terbaharunya yang baru selesai menjalani drama Gyeongseong Creature.

Pelakon Nevertheless itu turut memohon maaf kepada peminat sekiranya pertuturannya agak canggung disebabkan oleh tindikan itu.

"Saya baru habis menjalani penggambaran Gyeongseong Creature yang dijadualkan untuk tayangan Disember nanti.

"Saya berasa agak tidak selesa disebabkan tindik pada bahagian bibir ini... maafkan sekiranya pertuturan saya agak tidak lancar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain