BEKAS teman wanita Travis Kelce iaitu Maya Benberry memberi amaran kepada penyanyi Taylor Swift dengan mendedahkan aib atlet itu yang didakwa berlaku curang dengan ramai wanita lain. Pernah menjalinkan hubungan selama lima bulan, Maya menuduh atlet itu bermain kayu tiga dengan penyampai sukan dan model Kayla Nicole. "Sekali curang selamanya akan curang. Maya pernah menuduh Travis pernah curang dengannya kerana Kayla Nicole. "Taylor seperti seorang gadis yang menyeronokkan dan cantik, jadi saya mengucapkan selamat maju jaya. "Saya pasti sekarang dia telah menguasai keupayaan untuk melihat siapa yang benar-benar ada untuknya dan siapa yang hanya menggunakan dia," katanya. Bagaimanapun pendedahan mengejutkan yang dikongsi di aplikasi X itu telah dipadam Maya. Difahamkan hubungan Travis dan Maya bermula dari tahun 2017 hingga Mei tahun lalu. Mereka beberapa kali berpisah sepanjang tempoh berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift sewa restoran, mahu berdua-duaan dengan Travis Kelce Travis dan Taylor dilihat bersama buat kali pertama ketika menghadiri perlawanan sengit Kansas City Chiefs menentang Chicago Bears di Stadium Arrowhead di Kansas City, Missouri pada Ahad lalu. Sebelum ini tular berita Taylor sanggup menyewa sebuah restoran supaya mereka tidak diganggu ketika mereka menghabiskan masa bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!