suria

Penyanyi imej tomboi teringin kahwin, belajar agama selepas jadi isteri... Netizen sindir hasrat Mita The Virgin

Mita mahu berubah mendekati agama selepas berkahwin.

PENYANYI asal Indonesia iaitu Mita yang juga merupakan anggota kumpulan The Virgin tetap menyimpan hasrat untuk bernikah meskipun usia menghampiri 40 tahun.

Kata Mita atau Cameria Happy Pramita, 37, perkahwinan adalah impian seorang wanita meskipun dirinya sering dilabelkan sebagai seorang tomboi.

"Mestilah saya teringin untuk bernikah," katanya dalam satu temu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna menangis setiap hari, merayu mahu ikut tunang pindah Ukraine

Dalam masa sama, Mita juga memberi gambaran dia bakal meninggalkan dunia seni untuk mendalami agama sekiranya sudah bertemu jodoh suatu hari nanti.

Tidak mahu terlalu lama bercinta, dia hanya berharap akan melalui sesi taaruf sebelum bergelar isteri orang.

"Dalam fikiran saya adalah mahu bernikah dan berhenti kerja. Kemudian saya mahu hijrah. Mungkin begitu.

mita the virgin 2

Penampilan Mita sering menjadi bualan ramai.

"Saya tidak mahu bercinta. Kalau ada lelaki yang serius terus jumpa ibu saya dan taaruf," ujarnya.

Bagaimanapun kenyataan tersebut mengundang sindiran dalam kalangan netizen.

Ramai yang memberitahu jawapan tersebut sama seperti mana ketika awal Mita muncul sebagai artis sekitar tahun 2008.

Dalam masa sama, ada juga yang turut mendoakan agar Mita berubah dan segera bertemu jodoh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain