suria

Virgoun tak rancang bawa anak naik pentas lagi, utamakan kesihatan mental selepas diuji kontroversi rumah tangga

Virgoun dan Starla ketika berada di pentas sewaktu konsert Pestapora 2023.

TINDAKAN penyanyi Virgoun membawa anak sulungnya iaitu Starla naik ke pentas semasa persembahan di Konsert Pestapora 2023 bukanlah atas kehendak dirinya.

Sebaliknya, Virgoun berkata ia adalah permintaan daripada pihak pengurusan yang mahukan kelainan dalam persembahan.

Kata Virgoun lagi, itu mungkin menjadi kali terakhir dia membawa anaknya ke pentas.

virgoun__361718852_608241451160298_7464183444096850278_n

Virgoun masih aktif menyanyi di konsert-konsert sekitar Indonesia.

"Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk mempunyai konsep sebegitu (membawa anak ke pentas).

"Pihak pengurusan hanya bertanya... ayuh, bawa Starla ke pentas!

"Itu sebab pada penghujung lagu saya menitiskan sedikit air mata," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Isteri tak pandai melawa dan berpurdah, punca Virgoun cari perempuan lain

ARTIKEL BERKAITAN : Isteri bongkar Virgoun bayar wanita buat seks, minta puaskan nafsu ketika berpuasa

Dalam pada itu, penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga mengakui kini lebih mengutamakan kesihatan mental selepas berdepan isu kontroversi membabitkan rumah tangganya bersama Inara Rusli.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain