NAMA penyanyi Jungkook menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video kelibat seorang wanita di dalam rumahnya yang terletak di Brunnen Cheongdam, Korea Selatan.Allkpop melaporkan individu yang memuat naik video tersebut mendakwa wanita tersebut yang tidak diketahui identitinya didakwa sedang hamil. Menerusi video yang tular di aplikasi Weibo itu memaparkan seorang lelaki menyerupai Jungkook sedang memeluk erat seorang wanita.Netizen selidik video yang tular dengan keadaan rumah Jungkook.Hasil siasatan netizen juga mendapati perabot rumah yang dipaparkan mempunyai persamaan dengan kediaman Jungkook sekali gus membuatkan ramai yakin video berkenaan asli.Tidak hanya itu, peminat turut mengenali anjing milik Jungkook iaitu Doberman yang turut berada dalam video tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Foto lepak dengan kawan tersebar, Jungkook (BTS) kecewa sikap peminat ARTIKEL BERAKITAN: Isu agama jadi bualan peminat, Jungkook BTS mengaku seorang AteisBagaimanapun ada dalam kalangan peminat berpendapat video berkenaan telah disunting bagi memperlihatkan lelaki tersebut seperti Jungkook.Jungkook masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan sejak ia tersebar 30 September lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!