suria

Peminat tak sabar tunggu 10 November, mahu tonton The Marvels sebab Park Seo Joon

Seo Joon membintangi filem The Marvels.

PEMINAT teruja apabila melihat wajah pelakon Park Seo Joon menerusi poster filem terbaharu The Marvels yang bakal ditayangkan pada 10 November ini.

Menerusi Instagram Marvel Studio, poster yang dimuat naik itu menjadi bualan peminat yang teruja melihat bintang kelahiran Korea Selatan tersebut pada poster berkenaan.

Poster filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat termasuk Brie Larson, Teyonah Parris, Iman Vellani dan Samuel L.Jackson.

psj - 1

Seo Joon menjadi pelakon Korea ketiga membintangi filem Marvel.

Bagaimanapun, sehingga kini netizen masih belum mengetahui peranan yang bakal dibawa oleh pelakon drama Itaewon Class itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga di atas pencapaian Seo Joon menembusi pasaran filem antarabangsa.

"Park Seo Joon muncul dalam filem The Marvels akhirnya menjadi realiti... saya bangga dengan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: IU hantar tiga trak kopi di set penggambaran, peminat tersenyum baca komen 'sweet' Park Seo Joon

ARTIKEL BERKAITAN: Kunci mulut kisah cinta, Park Seo Joon malas layan gosip

"Saya perlu menonton filem ini untuk beri sokongan kepada Park Seo Joon," tulis netizen.

Pada September 2021, agensi pengurusan Seo Joon mengesahkan aktor itu akan menyertai salah sebuah filem terbaharu terbitan Marvel Studios.

Seo Joon menjadi pelakon Korea ketiga yang mem bintangi filem Marvel selain pelakon Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain