suria

Asyik menyanyi tiba-tiba rasa pening, Happy Asmara kena rasuk sampai pukul kepala sendiri

Happy Asmara kongsi pengalaman dirasuk ketika membuat persembahan pentas.

PENYANYI Indonesia, Happy Asmara berkongsi pengalaman seram mengalami gangguan mistik ketika tampil membuat persembahan pada malam Khamis lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika dia terlibat dalam sebuah konsert yang berlangsung di daerah Pasuruan, Jawa Timur.

Menurut Happy atau Heppy Rismanda Hendranata, 24, dia mula menyedari dirinya seakan hilang kawalan ketika menyanyi di atas pentas acara berkenaan.

Happy tidak tahu punca dia terkena gangguan mistik.

Happy mula rasa pening ketika berada di atas pentas.

"Lagu pertama, kedua dan ketiga masih 80 peratus sedar walaupun sudah mula rasa pening tidak boleh melihat dan tak tahu nak buat apa.

"Saya bingung kerana tidak tahu apa puncanya tetapi masih boleh bercakap dengan penonton dan lancar," katanya.

Menurut Happy, kru yang berada di bawah pentas juga dapat melihat perbezaan pada dirinya lantas terus meminta dia untuk menaiki kenderaan pulang ke tempat penginapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Happy Asmara pernah jadi mangsa gangguan seksual, lelaki miang janji beli kereta kalau ikut kemahuannya

Tambah penyanyi ini keadaan menjadi lebih parah sehingga dia memukul kepada sendiri apabila tiba di vila tempat dia menginap.

Happy mendapat pertolongan daripada seorang lelaki yang pakar dalam ilmu mistik bagi mengubati dirinya.

Bercerita lanjut, dia menggambarkan seolah-olah dirinya dirasuk dan lelaki berkenaan juga bercakap dengan makhluk yang 'masuk' ke dalam badannya itu.

Menurutnya kejadian itu berkemungkinan disebabkan acara tersebut berlangsung pada malam Jumaat di mana ia sering dikaitkan dengan kisah mistik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain