PELAKON Son Ye Jin sedang melalui saat gembira sejak bergelar seorang ibu pada November tahun lalu. Ye Jin berkata, meskipun pada awalnya sukar menyesuaikan diri namun semuanya berubah menjadi lebih baik apabila sudah terbiasa dengan rutin sebagai seorang ibu. Malah Ye Jin juga tidak teragak-agak untuk menambah bilangan cahaya mata malah sudah berbincang mengenai perkara itu bersama suaminya aktor Hyun Bin. "Kesukaran itu ada tapi saya bahagia sejak memiliki anak. Saya tidak pernah rasa sebahagia ini sepanjang hidup saya. Hyun Bin dan Ye Jin rancang nak tambah anak. "Selepas bekerja selama 20 tahun, saya kini fokus kepada keluarga dan mahukan terbaik buat anak selain menjadi seorang isteri taat kepada suami," katanya. Meskipun sibuk menjaga anaknya, Ye Jin sebaliknya menganggap ia sebagai tempoh berehat daripada karier seninya yang sentiasa sibuk. Bagaimanapun dia sudah sedia kembali ke set penggambaran sekiranya ada naskhah yang sesuai dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Gambar tangan bayi milik Son Ye Jin dan Hyun Bin dapat 1.5 juta tanda suka ARTIKEL BERKAITAN: Demi isteri, Hyun Bin sampai terkangkang rakam foto Son Ye Jin "Saya sedang menikmati rehat dan gembira dengan kehidupan sekarang. "Tapi kalau ada projek yang bagus dan kena dengan jadual saya sebagai seorang ibu, saya tidak teragak-agak untuk kembali berlakon... Peminat pun pasti merindui saya," ujarnya. Untuk rekod, Hyun Bin dan Ye Jin berkahwin pada 31 Mac 2022 selepas mengumumkan pertunangan mereka pada Februari tahun sama. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 27 November 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!