suria

Tetap juara di hati juri, Simon Cowell sifatkan Putri Ariani berlian jarang ditemui

Putri Ariani hanya berpuas hati di tempat keempat AGT.

JURI program America's Got Talent (AGT) Simon Cowell secara peribadi berpendapat Putri Ariani dari Indonesia layak bergelar juara pertandingan itu yang berlangsung pada malam Rabu lalu.

Simon berkata, persembahan Putri Ariani, 17, menerusi lagu Don't Let The Sun Go Down On Me nyanyian asal Elton John pada peringkat final disifatkan sebagai menakjubkan dan layak bergelar pemenang.

"Anda adalah salah satu daripada berlian kecil yang jarang kami temui. Awak secara semula jadi dilahirkan untuk menyanyi.

"Anda telah mengatasi begitu banyak rintangan dalam hidup untuk memenuh impian anda dalam pertandingan ini dan anda sangat layat bergelar juara," katanya.

Putri 1

Putri bersama salah seorang juri AGT iaitu Simon Cowell.

Pada pertandingan itu, Putri Ariani mendapat tempat keempat meskipun dilihat sebagai peserta kegemaran untuk menjuarai pertandingan musim ke-18 tersebut.

Penonton turut melahirkan kekecewaan apabila dia tidak memenangi pertandingan berkenaan.

Juara AGT kali ini milik seekor anjing jenis Border Collie yang diberi nama Hurricane bersama tuannya iaitu Adrian Stoica yang berjaya menambat hati penonton.

Manakala tempat kedua pula mula ahli silap mata Anna DeGuzman dan kumpulan tarian Murmuration mendapat tempat ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America's Got Talent

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan gugup teruk uji bakat ‘America's Got Talent’, sendirian tanpa teman... “Saya tak fikir apa kata juri”

Putri Ariani yang juga cacat penglihatan sebelum ini mendapat tumpuan dunia apabila sesi uji bakatnya tular selepas Simon memberi Golden Buzzer pada persembahannya.

Lebih membanggakan, Putri Ariani turut menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu Loneliness sambil bermain piano.

Berikut adalah 10 fakta menarik tentang Putri Ariani;

1. Puteri Ariani dilahirkan normal namun mengalami masalah penglihatan pada usia tiga bulan

2. Remaja itu sudah menunjukkan minat menyanyi sejak berusia dua tahun

Putri 3

Selain menyanyi, Putri juga berkebolehan bermain piano.

3. Sebelum menyertai America's Got Talent (AGT), Putri Ariani pernah bergelar juara Indonesia's Got Talent (IGT) pada 2014 ketika usianya 9 tahun

4. Selain memiliki suara yang lunak, Putri Ariani turut berbakat besar sebagai penulis lirik dan menggubah lagu

5. Putri juga berbakat besar dalam mengalunkan ayat suci al-Quran

6. Pernah mengadakan persembahan pembukaan pada Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia

Putri 2

Putri bersama juri-juri AGT selepas berakhirnya final pada malam Rabu.

7. Mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram

8. Tidak hanya menyanyi dan mencipta lagu, Putri Ariani turut mahir bermain alat muzik piano

9. Pernah menerima trofi Penyanyi Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Baiduri yang diadakan di Jakarta pada 2016

10. Pada 2020, Putri Ariani melancarkan album pertamanya yang berjudul Melihat Dengan Hati di saluran YouTube miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain