suria

Pelakon ‘Harry Potter’ Michael Gambon meninggal dunia akibat pneumonia 

Michael Gambon meninggal dunia pada usia 82 tahun.

PELAKON Michael Gambon dilaporkan meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun.

Michael yang terkenal dengan watak Profesor Albus Dumbledore menerusi filem Harry Potter itu menghembuskan nafas di hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Berita pemergian mendiang disahkan oleh isteri dan anak aktor berkenaan.

Michael Gambon meninggal disebabkan radang paru-paru.

"Dengan penuh dukacita kami ingin mengumumkan pemergian Sir Michael Gambon.

"Michael meninggal dunia dalam keadaan tenang di samping isterinya iaitu Anne dan anak mereka, Fergus akibat pneumonia," kata wakil aktor itu dalam satu kenyataan kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Harry Potter’ Paul Grant meninggal dunia, rebah di stesen kereta api

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Potter sudah bergelar bapa, mahu anak jadi pelakon sepertinya

Untuk rekod, Michael memegang peranan sebagai pengetua dalam enam daripada siri Harry Potter.

Michael dilahirkan di Ireland memulakan karier seninya pada 1960-an melalui pementasan teater dan merupakan anggota rasmi Royal National Theatre bersama Laurence Olivier.

Michael Gambon 2 - 1

Michael Gambon memulakan kariernya pada 1960-an.

Mendiang juga sebelum ini pernah memainkan peranan sebagai detektif Perancis, Jules Maigret dalam siri ITV iaitu Maigret termasuk berberapa drama terbitan BBC seperti The Singing Detective pada 1986.

Sepanjang karier lakonannya yang mencecah enam dekad, Michael pernah memenangi empat anugerah di The British Academy Film Awards (BAFTA) dan Anugerah Olivier.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain