suria

Lucinta Luna buat ‘maternity shoot’, kantoi perut kempis... Netizen minta rujuk pakar psikiatri

Lucinta dilihat gembira ketika sesi fotografi kehamilannya yang dilakukannya.

PERSONALITI media sosial sensasi Indonedia Lucinta Luna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berkongsi video sedang menjalani sesi fotografi kehamilan atau maternity shoot.

Mendakwa kandungannya sudah memasuki usia dua bulan, Lucinta tampil tanpa sebarang pakaian dan hanya membaluti tubuhnya menggunakan sehelai kain putih selain rambutnya dibiarkan mengurai panjang.

Bagaimanapun perkongsian Lucinta atau Muhammad Fattah itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan bahagian perutnya yang kelihatan kempis tidak seperti dalam video ditunjuk sebelum ini.

size NP (3)

Lucinta kini berjauhan dengan tunangnya Alan yang kini berada di Ukraine.

Malah ramai meminta agar Lucinta 'menyerah' diri ke doktor psikiatri kerana dipercayai sedang berhalusinasi tentang kehamilannya.

"Sekejap buncit sekejap kempis pula perutnya. Aneh betul seorang yang bernama Lucinta Luna ini.

"Apa yang sedang dia cuba buktikan? Rasanya dia sudah boleh berjumpa pakar psikiatri kerana jelas mentalnya sedang bermasalah," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna menangis setiap hari, merayu mahu ikut tunang pindah Ukraine

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna muntah darah siap keluar paku, kawan-kawan syak kena sihir... “Hamil anak manusia atau jin?”

Sebelum ini, Lucinta memaklumkan dia terpaksa berpisah dengan tunangnya iaitu Alan yang pulang ke negara asalnya iaitu Ukraine bagi menjalani latihan ketenteraan.

Lucinta yang mendakwa sedang hamil anak Alan memberitahu dia akan setia menanti kepulangan lelaki itu ke Indonesia bagi membesarkan anak mereka.

Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain