suria

Julia Fox tulis memoir tentang bekas teman lelaki, dedah tak pernah disentuh Kanye West 

Julia Fox tidak pernah seks bersama Kanye West.

MODEL dan pelakon Julia Fox mendedahkan dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya yang juga penyanyi rap terkenal Kanye West.

Julia, 33, membuat pendedahan itu menerusi temu bual bersama The New York Times apabila ditanya mengenai hubungan singkatnya dengan Kanye pada Januari 2022 sebelum berpisah sebulan kemudian.

Aktres itu menjelaskan mengenai perkara itu susulan dia bakal melancarkan buku memoir bertjuk Down The Drain di mana dia bercakap mengenai hubungan ranjangnya dengan seorang lelaki.

Julia Fox2

Penampilan pertama Julia dan Kanye.

Bagaimanapun Julia menyangkal dakwaan lelaki yang dimaksudkan adalah Kanye.

"Tiada sebarang hubungan seks. Ia bukan tentang perkara itu atau tentang dirinya (Kanye)," jelasnya.

Kanye dan Julia dilaporkan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan selepas penyanyi rap itu berpisah dengan Kim Kardashian.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kanye West muncul tak pakai baju, tutup payudara guna bantal

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kanye West nampak penat, riak wajah macam tak gembira teman suami

Ketika itu ramai membuat spekulasi mereka sedang hangat bercinta susulan sering tampil berpakaian sedondon.

Pada Januari 2023, Kanye dilaporkan berkahwin dengan seorang arkitek berasal dari Australia iaitu Bianca Censori dalam sebuah majlis tertutup di Beverly Hills.

Bagaimanapun pasangan itu dikatakan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang di Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain