PENYANYI Britney Spears memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat laporan polis berhubung dia memuat naik video sedang menari bersama dua bilah pisau di Instagram miliknya baru-baru ini. Britney menjelaskan alatan itu bukan pisau sebenar dan tarian itu sekadar meniru aksi penyanyi Shakira menerusi salah satu persembahannya sebelum ini. "Saya tahu saya telah membuat ramai bimbang tapi itu adalah pisau palsu yang saya sewa daripada sebuah kedai Hand Prop di Los Angeles. Britney melakukan tarian dengan menggunakan pisau. "Ini bukan pisau sebenar, tiada siapa perlu risau atau hubungi polis. Saya cuba meniru gerakan penyanyi kegemaran saya iaitu Shakira," jelasnya. Britney berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears separuh bogel sambil tunggang kuda, peminat suruh dapat rawatan psikologi ARTIKEL BERKAITAN: Selepas fail cerai... Sam Asghari hilang kerja, Britney Spears pula sibuk pelancaran buku Bagaimanapun peminat tidak percaya dengan penjelasan dibuat Britney dan yakin alatan itu adalah pisau sebenar berdasarkan bunyi denting yang dihasilkan. Sebelum ini, Mirror melaporkan beberapa anggot polis hadir ke kediaman mewah Britney selepas ada pihak meluahkan kebimbangan terhadap video yang dimuat naik penyanyi itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!