BINTANG Hollywood Megan Fox mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan menyamakan karier lakonan sama seperti seorang pelacur. Megan atau Megan Denis Fox, 38, berkata, dia menyamakan dua pekerjaan itu kerana ada pihak seolah-olah cuba memijak maruahnya apabila sanggup membayar sejumlah wang untuk menonton lakonan adegan asmaranya. Megan Fox tak mahu dilabel sebagai seorang pelacur? Pelakon itu memberitahu dia berasa jijik dan permintaan individu tersebut seolah-olah menjatuhkan maruahnya sebagai anak seni. "Kalau difikirkan kami yang bekerja sebagai pelakon sama sahaja seperti seorang pelacur kerana kami dibayar untuk berpura-pura tertarik terhadap orang lain," katanya menerusi temu bual bersama majalah GQ. ARTIKEL BERKAITAN: Bertengkar lagi! Megan Fox cabut cincin tunang, bagi ‘hint’ hubungan dengan Machine Gun Kelly berakhir ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ini macam belangkas... Hubungan Megan Fox dan Machine Gun Kelly didakwa sudah berakhir Tambah Megan, ada segelintir pihak sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi menonton lakonan mereka terutamanya ketika melakukan aksi asmara seperti bercium dan adegan ranjang. Dalam pada itu, Megan turut menyifatkan industri Hollywood yang memperkenalkan imej wanita liarnya malah kesal sering terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!