suria

Bersikap kasar dan paksa tidur bersama... Jason Derulo didakwa lakukan gangguan seksual terhadap artis naungannya

Jason didakwa lakukan gangguan seksual terhadap Emaza.

PENYANYI Jason Derulo didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang artis wanita yang didakwa telah digugurkan daripada syarikat rakamannya.

Memetik laporan Daily Mail, Mahkamah Los Angeles Country memaklumkan Emaza Gibson mendakwa Derulo telah mengganggunya secara seksual dan menamatkan kontrak kerjanya tanpa sebab.

Menurut Emaza, penyanyi rap berkenaan telah memaksanya untuk meminum minuman keras dan tidur bersama meskipun dia tidak mahu melakukannya kerana mahu bersikap profesional.

JDD

Jason masih kunci mulut berhubung dakwaan terhadapnya.

Bukan itu sahaja, nama baiknya juga dicemarkan oleh Derulo apabila penyanyi rap itu menyebarkan khabar angin dia ingin melakukan hubungan intim bersamanya selepas selesai sebuah acara di New York.

Disebabkan menolak pemintaan tersebut, Derulo juga dikatakan pernah bersikap agresif terhadapnya sehingga menyerang dan memarahinya di hadapan orang ramai.

Bimbang dengan perkara itu, Emaza telah mengajak ibunya yang juga pengurusnya menjadi peneman bersama semasa sesi rakaman kerana takut sekiranya Derulo mencederakan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jason Derulo datang JB! Bakal meriahkan malam gemilang sambutan kejuaraan JDT

ARTIKEL BERKAITAN: Raikan kejayaan'Savage Love' tanpa ucap terima kasih kepada BTS, Jason Derulo dikecam ARMY!

Susulan kejadian tersebut, Derulo telah diberhentikan dari rakaman Jason pada September 2022 lalu.

Namun sehingga kini, Derulo masih lagi mendiamkan diri dari memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain