BERDEPAN dugaan menghidap kanser payudara sebelum ini, penyanyi Marshanda mendedahkan turut melalui fasa sukar daripada segi kewangan. Menurut Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, dia terpaka menanggung hutang tinggi bagi membiayai kos perubatan sebelum disahkan bebas dari penyakit tersebut. Katanya juga dia tidak memiliki sebarang skim perlindungan kesihatan atau insurans kerana sebelum ini pernah didiagnos meghidap bipolar. Marshanda bersyukur kini dapat kembali bekerja seperti biasa. "Saya ada masalah bipolar dan sebab itu syarikat insuran tidak terima klien yang mempunyai masalah mental. "Saya juga tidak punya wang sendiri yang terlalu banyak sedangkan kos perubatan sangat tinggi," katanya seperti yang dipetik dari Suara. Awal Oktober lalu, Marshanda berkongsi berita gembira dirinya kini bebas kanser selepas dua tahun bertarung melawan penyakit itu. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun derita kanser payudara, Marshanda sudah pulih selepas cuba rawatan tradisional ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan ketumbuhan baharu di payudara Marshanda... Dulu terpaksa pinjam duit untuk rawatan kanser Tambahnya lagi dia kini sudah berkemampuan untuk membayar kembali hutang pinjaman yang dibuat setelah kembali menerima tawaran kerja. "Syukur hutang sebelum ini sudah boleh dibayar. Sebelum ini saya tidak sihat dan tak boleh bekerja. Lebih banyak masa dihabiskan untuk rehat. "Sekarang tawaran kerja semakin banyak. Syukur rezeki berjalan lancar dan boleh bayar hutang," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!